SEJAK kebelakangan ini, seringkali dilihat dalam media
sosial perkongsian mengenai makanan viral yang diminati rata-rata anak kecil
iaitu jelly ball.
Jelly ball adalah sejenis agar-agar mini yang berisi cebisan
buah-buahan seperti anggur, mangga, laici, nanas dan banyak lagi.
Mungkin dek kerana bentuknya yang bulat dan berwarna-warni
membuatkan si kecil teruja untuk menikmatinya sehingga ramai peniaga mula
menjualnya dengan purata harga RM12 sebekas yang berisi 24 biji jelly ball.
Menariknya, jelly ball ini berupaya membantu anak kecil
membiasakan diri untuk makan buah-buahan terutama buat mereka yang kerap kali
menolak ajakan makan buah.
Kalau setiap waktu nak kena beli pun βrabakβ juga poket ibu
bapa kan? Apa kata anda cuba hasilkan sendiri di rumah, boleh jadi snek ringan
setiap hari!
Jom cuba resepi jelly ball yang dikongsi oleh seorang
pengguna Facebook, Farhana Zainuddin ini!
RESEPI JELLY BALL VIRAL BUAH
- 1
pek serbuk jelly
- 1
pek serbuk agar-agar
-
Buah-buahan (mangga/naga/strawberi/kiwi)
- 6
sudu gula (adjust mengikut kemanisan)
1)
Campur sebati serbuk agar-agar , serbuk jelly & gula ke dalam 1 mangkuk
2)
Panaskan 1500ml air, masukkan campuran serbuk tadi & kacau larut
3)
Adunan mendidih tutup api
4)
Potong buah-buahan menjadi kecil
5)
Susun buah-buahan ke dalam acuan jelly ball
6)
Tuang adunan ke dalam acuan & biarkan sejuk selama 2 jam dalam peti sejuk
7)
Cungkil jelly ball & cucuk menggunakan lidi
8 )
Sedia untuk dihidangkan
===================================
RESEPI
GREEN JELLY BALL (BASE LONGAN)
- 1
pek serbuk jelly
- 1
pek serbuk agar-agar
- 1
tin buah longan
-
Pewarna hijau
- 6
sudu gula (adjust mengikut kemanisan)
1)
Campur sebati serbuk agar-agar , serbuk jelly & gula ke dalam 1 mangkuk
2)
Panaskan 1500ml air (campuran air kosong +jus longan) , masukkan campuran
serbuk tadi & kacau larut
3)
Masukkan pewarna hijau, kacau sebati. Bila adunan mendidih tutup api
4)
Potong buah longan menjadi kecil
5)
Susun buah longan ke dalam acuan jelly ball
6)
Tuang adunan ke dalam acuan & biarkan sejuk selama 2 jam dalam peti sejuk
7)
Cungkil jelly ball & cucuk menggunakan lidi
8 )
Sedia untuk dihidangkan
===================================
RESEPI
BLUE JELLY BALL (BASE LAICI)
- 1
pek serbuk jelly
- 1
pek serbuk agar-agar
- 1
tin buah laici
-
Pewarna biru
- 6
sudu gula (adjust mengikut kemanisan)
1)
Campur sebati serbuk agar-agar , serbuk jelly & gula ke dalam 1 mangkuk
2)
Panaskan 1500ml air (campuran air kosong +jus laici) , masukkan campuran serbuk
tadi & kacau larut
3)
Masukkan pewarna biru, kacau sebati. Bila adunan mendidih tutup api
4)
Potong buah laici menjadi kecil
5)
Susun buah laici ke dalam acuan jelly ball
6)
Tuang adunan ke dalam acuan & biarkan sejuk selama 2 jam dalam peti sejuk
7)
Cungkil jelly ball & cucuk menggunakan lidi
8 )
Sedia untuk dihidangkan
Comments
Post a Comment