RESEPI IKAN SINGGANG PANTAI TIMUR


Disebabkan saya berasal dari Pantai Timur.Harini saya ingin berkongsi resepi Ikan Singgang Pantai Timur. Resepi ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tiada penggunaan minyak dan tidak perlu perlu menumis. Ada rasa rempah segar yang direbus, ada rasa masam dan rasa pedas dari cili padi. Memang sangat segar rasanya bila menghirup kuah.

Kalau rasa tak sedap tekak, tapi nak makan sup sudah agak biasa. Jadi sesekali kita tukar dengan menu singgang ikan tongkol@aya, cuma perlu pastikan guna ikan fresh. Nak kata menu bajet pun tidak juga sebab ikan pun dah kategori lauk kayangan sekarang ni :) . Apa-apa pun memang mudah dan sedap sangat menu ni.



 Resepi Singgang Ikan Pantai Timur

Bahan-Bahan:

5 potong ikan aya @ ikan tongkol
1/4 inci lengkuas – dihiris nipis
1 inci kunyit hidup – dihiris nipis
1 sudu teh serbuk kunyit
2 ulas bawang merah – dihiris nipis
1 ulas bawang putih – dihiris nipis
3 keping asam gelugor
3 biji cili padi – diketuk
5 biji bendi
garam dan gula secukupnya
air secukupnya

Cara Memasak:

1. Masukkan air ke dalam periuk secukupnya. Didihkan air.

2. Apabila air telah mendidih, masukkan hirisan bawang putih, bawang merah, kunyit, serbuk kunyit dan lengkuas dalam periuk.

3. Kemudian, masukkan pula ikan aya, asam gelugor, cili padi dan bendi. Biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang bersama nasi putih.

Comments