RESEPI CHEESEKUT MILOO







 Kali ni Emann nak share satu dessert iaitu cheesekut Milo yang mudah, cepat, tak perlu bakar guna oven ataupun kukus. Telur pun tak perlu diletakkan.

Ada 2 bahagian penting untuk buat cheesekut ni iaitu adunan cheese milo, dan kedua, lapisan biskut cream creckers yang dicelup dalam susu. Kita susun cara berlapis dan berselang seli sampai dapat lapisan cheesekut milo yang menarik dan sedap. Kalau makan sejuk-sejuk memang best. Nak buat jualan pon sesuai sangat ni.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk cheesekut Milo:
    • 1 pek biskut Cream Crackers
    • 250g krim keju
    • 6 sb susu pekat
    • 1/2 cwn susu penuh krim
    • 1/2 cwn serbuk Milo
    • 1 cwn susu penuh krim (untuk celup)

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk cheesekut milo:
    1. Potong cream cheese dan timbang. Kalau nak senang boleh beli pek kecil 250g, boleh terus guna, tak perlu susah-susah timbang.
    2. Tekan-tekan cream cheese sampai lembut, kemudian masukkan susu pekat. Kacau sebati kedua-dua bahan.
    3. Dalam bekas berasingan, panaskan susu full cream dan serbuk Milo. Kacau sampai larut. Api tak perlu panas sangat, suam-suam dah cukup.
    4. Tuang masuk adunan Milo sedikit demi sedikit dalam adunan cream cheese tadi dan kacau sebati.
    5. Tuang susu full cream dalam mangkuk dan celup biskut cream crackers dalam susu. Kalau suka cheesekut yang lembik boleh celup lama sikit.
    6. Susun biskut dalam bekas atau loyang.
    7. Untuk bahagian tepi yang kecil, boleh potong biskut dengan pisau tajam untuk lebih kemas.
    8. Bila lapisan biskut pertama dah siap susun, boleh masukkan adunan cheese dan ratakan.
    9. Ulang langkah yang sama (susun biskut dan ratakan adunan cheese) anggaran 4 lapisan atau sampai habis.
    10. Biskut yang lebih boleh hancurkan dan tabur atas cheesekut.
    11. Akhir sekali boleh tabur serbuk Milo sebagai hiasan.
    12. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3-5 jam. Simpan semalaman lebih bagus sebab aduanan basah cheese Milo tu akan meresap sepenuhnya pada biskut cream crackers.

Tip:

  •  Buat 4 lapisan, kalau nak lapisan cheese tebal boleh kurangkan lapisan biskut dan sebaliknya.
  • Sebelum simpan dalam peti sejuk seeloknya balut bekas cheesekut dengan plastic clingwrap atau tutup elok-elok untuk elak dari meresap bau dari peti sejuk.

 

SELAMAT MENCUBA!!!


Comments